Teks: Siti Hajar Ismail
Pernah disuatu ketika, seingat saya kejadian ini berlaku dalam bulan Ramadhan beberapa tahun lalu. Mahkamah bersidang seperti biasa. Seawal jam 8.55 pagi, seorang Majistret muda segak bergaya masuk ke ruang bersidang Mahkamah dengan wajah serius. Semua orang yang berada dalam Mahkamah mencuri pandang, cuba membaca mood dan emosi tuan Majistret pagi itu. Bukan apa, sedar atau tidak, emosi dan mood Majistret/Hakim akan sedikit sebanyak mempengaruhi apa yang bakal berlaku pada hari tersebut. Mereka pun manusia biasa juga sama seperti kita.
Semua bangun memberikan tunduk hormat. Bukan pada Tuan Majistret tapi hormat kepada Mahkamah. Kebetulan pada hari tu ramai orang kena tuduh (OKT) yang dibawa dari Penjara. Ada kes baru, tak kurang juga kes sebutan semula. Prosedur Mahkamah berjalan seperti biasa. Kebiasaannya dalam bulan puasa suasana agak sedikit suram. Maklumlah semua orang berpuasa.
Selesai satu demi satu kes dipanggil. Setiap OKT akan bangun apabila kes mereka dipanggil. Bagi kes Jenayah, apabila selesai pertuduhan dibaca, dan OKT mengaku faham, OKT akan diberi pilihan samada mengaku salah atau mohon dibicarakan. Sekiranya OKT tidak mengaku salah atau mohon dibicarakan, Mahkamah akan memberikan jumlah jaminan keatas OKT. Akan tetapi sekiranya OKT mengaku salah, Mahkamah akan terus memberikan keputusan, samada penjara, denda, sebatan dan sebagainya mengikut hukuman yang ditetapkan oleh Undang-undang.
Tiba giliran seorang OKT, seorang pesalah jenayah. Dia sudah beberapa bulan tinggal di dalam penjara kerana dia atau keluarganya tidak mampu membayar jumlah jaminan yang ditetapkan. Pada hari itu, selepas pertuduhan dibacakan, dia memilih untuk mengaku salah. Majistret memberi hukuman penjara beberapa bulan kepada OKT. Hukuman dikira dari tarikh OKT ditangkap. Dia seolah-olah tidak berpuas hati.
Tuan Majistret yang pada masa itu perasan reaksi OKT terus bertanya. Kamu ada apa-apa nak cakap? Dengan rasa ragu-ragu OKT menjawab. Saya tidak setuju Hakim. Tuan Majistret kehairanan. Lalu bertanya untuk kepastian. Mengikut rekod, OKT akan bebas dalam masa seminggu kerana dia telah berada di dalam penjara sementara menunggu kes tersebut selesai di Mahkamah bagi tempoh yang sama dengan hukuman yang dijatuhkan. Untuk kepastian tuan Majistret bertanya sekali lagi. Kamu akan bebas dalam masa seminggu. Faham? Kenapa tidak setuju? OKT memandang tepat Tuan Majistret lalu menjawab. Tuan Hakim, boleh tak saya nak tinggal lama sikit dalam penjara? Tuan Majistret bertambah binggung. Tak pasti apa yang OKT ini mahukan.
Bukan sahaja Tuan Majistret yang kebingungan pada masa tu, seisi Mahkamah terdiam dan cuba membuat andaian, puas memikirkan apa yang dia cuba sampaikan. Tuan Majistret terus bertanya lagi. Kenapa kamu tak nak keluar penjara? semua orang nak bebas, sanggup bayar jaminan daripada tinggal di dalam Penjara. Kamu pulak tak nak keluar. Kenapa?
OKT terdiam seketika lalu menjawab. Tuan Hakim, saya seronok tinggal dipenjara. Hati saya tenang. Saya berpeluang belajar agama, belajar mengaji, boleh bekerja, menjalankan kehidupan yang baik. Saya tak pernah rasa macam ni diluar. Hidup kucar kacir, tak pernah kenal agama, tak pernah mengaji, dikelilingi kawan-kawan yang bermasalah, masyarakat pandang serong. Tak pernah rasa nak berubah. Berilah peluang saya tinggal lama sikit dalam penjara. Sekurang-kurangnya beberapa bulan lagi.
Riak wajahnya penuh kesungguhan. Berharap Tuan Majistret boleh mempertimbangkan permintaannya. Saya pelik kenapa dia boleh minta untuk tinggal di Penjara. Saya tidak menyangka di situ dia temui cahaya kehidupan. Untuk dia meneruskan sisa-sisa kehidupan yang selama ini sia-sia. Dia terima diri seadanya namun masih memberi peluang untuk dia berubah. Permintaannya tidak masuk akal dan mungkin juga macam bodoh tapi dia bertekad merubah kehidupan bukan untuk penghargaan manusia tetapi Pencipta Yang Maha Esa.
Tuan Majistret cuba memahami, dan saya pasti dia faham apa yang cuba diluahkan oleh OKT. Lalu dia menjawab. Saya tak boleh buat macam tu, saya perlu ikut undang-undang. Kamu mesti bebas selepas seminggu. Kalau kamu nak berubah, teruskan bila dah bebas nanti. Dekatkan diri dengan Allah. Tinggalkan kehidupan lama. Semua terdiam. OKT mengangguk faham. Dia akur dengan keputusan.
Begitulah manusia, ada kalanya kita tidak pernah tahu hikmah disebalik apa yang terjadi dalam kehidupan kita. Penjara pada kita cuma tempat dikumpulkan orang-orang jahat. Tirai besi yang menghalang mereka dari melihat dunia luar. Untuk kita yang berada diluar merasa aman tanpa kehadiran mereka. Tapi kita lupa mereka juga ada keinginan untuk berubah. Jangan pernah membuat andaian pada orang. Beri peluang untuk anda dan sesiapa sahaja untuk berubah. Terokai dan pelajari perkara baru dalam hidup anda. Jom sertai saya dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Siapa tahu disini kehidupan anda akan lebih bermakna.
Nak tahu lebih lanjut?
Hubungi saya.
whatapps: 019-4714402
email: cikhajarismail@gmail.com

No comments:
Post a Comment