Sunday, 27 September 2015

REMAJA DAN JENAYAH

Teks: Siti Hajar Ismail

Sedih melihat adik-adik remaja dituduh di mahkamah terutama yang melibatkan tuduhan jenayah. Bukan di sini tempat untuk mereka. Tak kisah lah ada sabitan atau tidak.

Statistik kes-kes jenayah yang melibatkan remaja atau kes juvana sentiasa meningkat setiap tahun. Kalau dulu, kes-kes jenayah yang dilakukan oleh remaja ini lebih kepada jenayah ringan sahaja. Namun tren terkini menunjukkan mereka sudah mula terlibat dengan jenayah berat yang biasanya dilakukan golongan dewasa seperti rogol, samun, ugutan malah ada yg dituduh dan didapati bersalah melakukan pembunuhan.

Tidak dinafikan terlalu banyak faktor yang mengaitkan remaja dan jenayah. Antaranya adalah pengaruh kawan, pendedahan meluas terhadap media sosial, keinginan untuk mencuba perkara baru dan banyak lagi. Remaja hari ini amat sukar dikawal membuatkan tindak tanduk mereka diluar jangkaan. Malah ramai yang ditangkap kerana berada bersama orang dewasa yang melakukan jenayah atau sekadar ikut sahaja.

Kita tidak mampu mengawal situasi ini. Tetapi kita mungkin boleh memainkan peranan sebagai anggota masyarakat. Mulakan dari keluarga kita sendiri. Banyak kes-kes juvana yang melibatkan remaja yang datang dari institusi keluarga yang bermasalah. Contohnya ibu bapa yang bermasalah, bercerai, dibesarkan oleh ibu tunggal, anak-anak terabai. Mereka perlukan perhatian dan tempat rujukan. Apabila keluarga tidak mampu memenuhi keperluan ini, mereka dengan mudah menganggap orang luar lebih penting dari keluarga sendiri dan meletakkan kepercayaan kepada orang yang mungkin mendorong mereka kearah perlakuan salah dan jenayah.

No comments:

Post a Comment