Teks: Siti Hajar Ismail
Image: Google
Membesarkan anak-anak bukanlah satu perkara yang mudah bagi kebanyakkan ibubapa. Banyak perkara baru yang perlu kita pelajari. Banyak ilmu yang perlu kita dalami dan terokai. Melayani karenah anak-anak yang pelbagai mengikut peringkat umur memerlukan kemahiran dan kesabaran.
Perbezaan zaman dan situasi juga menyebabkan cara dan teknik menangani anak-anak perlu disesuaikan. Pada zaman dahulu, ibubapa membesarkan anak-anak dengan cara yang lebih tegas berbanding zaman sekarang. Hasilnya anak-anak lebih terkawal dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya jika cara yang sama digunakan oleh ibubapa hari ini, anak-anak bukan sahaja akan memberontak malah lebih teruk lagi lari dari rumah.
Persoalannya adakah ibubapa benar-benar dewasa dan matang dalam menangani anak-anĂ k? Banyak kita lihat situasi kecuaian ibu bapa terhadap anak-anak, meninggalkan anak kecil keseorangan di dalam kereta, kes penderaan yang dilakukan oleh ibubapa sendiri atau orang lain dengan pengetahuan ibubapa dan macam-macam lagi.
Sebagai ibubapa kita perlu sedar akan hakikat bahawa dalam mendewasakan anak-anak, kita terlebih utama perlu dewasa dan matang. Menangani anak-anak mengikut emosi boleh membawa kesan negatif kepada anak-anak dan juga ibubapa sendiri.
Jadilah ibubapa yang dewasa dan matang. Rational dalam membuat keputusan dan releven dalam apa jua keadaan.
No comments:
Post a Comment