Monday, 28 September 2015

HARGAILAH DIRIMU...JANGAN PILIH KAWIN LARI

Teks: Siti Hajar Ismail
Image: Google



Isu kahwin lari atau kahwin tanpa kebenaran atau lari daripada mengikut prosedur yang ditetapkan oleh mahkamah syariah ini bukanlah isu baru. Namun masih ramai yang memilih berkahwin dengan cara ini terutama pasangan yang tidak mendapat restu wali ataupun yang berhajat untuk berpologami.

Tak kisah lah apapun alasan yang diberikan, semua tu cuma alasan sahaja supaya orang lain juga bersetuju dengan tindakan mereka dan menganggap apa yang dilakukan adalah tindakan yang betul. Perkahwinan cara ini bukan sahaja pilihan masyarakat umum tetapi juga golongan atasan, golongan yang tahu agama, artist dan sebagainya bagi merahsiakan status hubungn mereka. 

Kawin lari ni mungkin pada awalnya boleh menyelesaikan satu masalah. Iaitu menghalalkan hubungan suami isteri dengan niat mulia pasangan kononnya mengelakkan berlakunya perzinaan. Apa yang mereka tidak nampak adalah rentetan dari itu akan timbul seribu satu masalah lain. 

Ada juga masyarakat yang menyalahkan sistem perundangan yang kononnya menyusahkan dan melambatkan pasangan untuk berkahwin. Mungkin mereka fikir isu perkahwinan adalah isu yang remeh temeh semata sehingga pihak berkuasa perlu melonggarkan syarat dan undang-undang sedia ada asalkan pasangan yang berhajat untuk berkahwin tidak perlu bersusah payah mengikut prosedur tertentu. Sedangkan mereka tidal sedar bahawa undang-undang itu untuk menjamin hak Dan kepentingan mereka.

Perlu ada kesedaran terutama golongan wanita. Jangan teruja untuk berkahwin sampai kita mengambil jalan pintas, membelakangkan wali dan keluarga, melanggar undang-undang sedia ada. Wanita itu mulia dengan ketinggian maruah, terpelihara dari semua sudut dan datangnya islam lalu mengangkat martabat wanita. Tetapi malang sekali dalam isu kawin lari ini, wanita sendiri memberi ruang penafian hak dan kepentingan mereka Dan merestui perlakuan yang jelas menunjukkan betapa rendahnya nilai Dan Marian wanita.

Status perkahwinan cara ini belum tentu sah. Perlu disemak terlebih dahulu rukun dan syaratnya. Sekiranya perkahwinan tersebut sah mengikut hukum syara' tetapi tidak didaftarkan, bagaimana pula dengan status isteri, status ànak, hak isteri, kewajipan suami terhadap isteri, kewajipan suami terhadap anak, hak untuk bercerai sekiranya perkahwinan tidak boleh diteruskan lagi. Semua ini memerlukan dokumen bagi membuktikan wujudnya perkahwinan yang sah antara pasangan.

Wanita, hargailah dirimu. Jangan pilih kahwin lari.

No comments:

Post a Comment