Tuesday, 22 September 2015

KHIDMAT GUAMAN PERCUMA

Teks: Siti Hajar Ismail
Image: Google


Tidak dinafikan bahawa ramai dikalangan masyarakat kita yang takut untuk menggunakan khidmat peguam mewakili mereka. Tidak kira dalam kes-kes yang memerlukan khidmat peguam samada melibatkan mahkamah seperti kes saman, kes jenayah dan kes perceraian ataupun dalam urusan tidak melibatkan mahkamah seperti jual beli tanah atau rumah dan sebagainya. Alasan utama adalah fi yang akan dikenakan amat tinggi. 

Bayaran yang dikenakan sebenarnya setimpal dengan pekhidmatan yang diberikan. Tiada siapa yang sanggup menanggung masalah yang dihadapi oleh orang lain dan berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah tersebut seolah-olah masalah mereka sendiri. Mereka bertanggungjawab bagi memastikan hak-hak dan kepentingan klien ditahap maksima. Contohnya jika seseorang klien didapati bersalah bagi apa-apa pertuduhan di mahkamah, Peguam akan sedaya upaya memastikan hukuman yang akan diberikan adalah yang paling ringan. 

TUJUAN PENUBUHAN
Menyedari hakikat bahawa masih ramai yang tidak mampu membayar yuran guaman, Kerajaan dengan kerjasama Majlis Peguam Malaysia menubuhkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan diwakili oleh Peguam bagi kes-kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah. 

SIAPA PEGUAM YBGK
Peguam YBGK adalah Peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam dan menjadi Panel YBGK. 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
YBGK menyediakan khidmat nasihat dan bantuan guaman dalam perkara jenayah diperingkat tangkapan, reman, permohonan ikat jamin, perbicaraan dan rayuan. Melibatkan semua pertuduhan/kesalahan kecuali kes yang membawa hukuman mati. 

SIAPA BOLEH MOHON
Pekhidmatan YBGK diberikan kepada Warganegara Malaysia diperingkat tangkapan, reman/tahanan dan permohonan Ikat jamin. Bagi peringkat perbicaraan pula, sekiranya pemohon berpendapatan kurang daripada RM 25,000.00 setahun adalah percuma. Sekianya berpendapatan antara RM 25,000.00 hingga RM 35,000.00 setahun, sedikit bayaran akan dikenakan. 

Maklumat lanjut boleh baca DISINI

1 comment:

  1. Assalamuilkum puan serta tuan sy ingin memohon guaman saya tidak kemampuan untuk menjamjin suami saya sekiranya sy layak untuk mendapat kan kimat bantuan guaman untuk suami saya terlepas dari tuduhan esok 14/05/2019 dimakamah cukai kemaman atas tuduhan urien serta kata mereka ada barang bersama suami saya ..kata pihak polis kes ni boleh dijamin 3000 keatas sy mohon rayuan semoga suami saya dibebaskan dengan jamanin dari pihak guaman suami saya bernama zakaria bin abu bakar nombor i/c.760518115075 berasal dri kg geliga pantai cukai kemaman suami sy direman dibalai polis cukai kemaman sy dari keluarga fakir miskin mempuyani 6orang anak yg masih kecil jika suami sy dipenjarakan siapa yg nk uruskan perbelanjan harian ..saya mohon dari pihak guaman untuk membantu suami sy wasalam ..esok jam 9pagi suami sy dibicarakan ..

    ReplyDelete